Friday, June 22, 2012

Yeahh, Semester 5 :)

Assalamualaikum dan hai :) 

Hmm entry kali ni nak cerita pasal masuk semester baru. Dah dua minggu masuk baru nk cerita , maaf la sbb takde masa dan masalah line intenet yg sgt slow. So dpt update blog bila dah balik rumah haa :)

So, sem baru ni actually semester 5 saya dan final year saya utk diploma. Pejam celik pejam celik dah 2 tahun belajar dekat UITM Seri Iskandar. Dah 2 tahun jugak kenal kawan kawan , roomates :)

Haa jadual kelas utk sem ni sedih tapi tapi ada jugak yg happynya. haha hari isnin kelas dari pukul 8pagi - 6ptg. Rehat cuma 2jam. Tsk tsk. Mmg padat la jadual dr senin sampai khamis ni. Kalau penat sgt mmg tidur awal la malam tu. Huhu. Tapi haaaa hari jumaat saya takde kelas. Haha itu yg bestnyaa sbb boleh balik rumah hari khamis. Awal sehari dr org lain. Kihkihkih *gelak jahat tu* :p

Lecturer sem ni semua sgt sporting laa. Sem ni pelik sikit sbb dapat semua lecturer perempuan. Mula2 risau jugak sbb takut 'pilih kasih' , tp ropenya tidak sama sekali. InsyaAllah,. Sepanjang dua minggu ni alhamdulillah semua okay dan sgt baik baik. Ada tiga lecturer yg sgt terserlah keibuannya hihi :)

Dan classmate still yg sama tak pernah tukar sbb kami sayanggg kelas kami. Kalau boleh taknak berpisah sampai habis dip nnt. Hihi. Dan hari pertama saya rasa happy sgt sbb 'dia' tegur saya siap senyum lagi. Haihhh cair saya tau. Tapi control je kang org lain nampak kena 'belasah' je. Hahaha
Suka sgt tgk 'dia' senyummm. Kalau boleh bila masuk kelas nak tgk 'dia' senyumm dulu pastu baru senang duduk. kihkihkih *gatal tau* 

Yg paling rasa mcm stress sikit sbb sem ni bnyk sgt project dgn presentation nya pon. haihh sabau jela. Assignment jgn ckp laa. First day dah dapat assignment. Cekap betul lecturer skrg. Hahaha :p
Takpe laa lumrah hidup student :) *ayat nak pasrah je pon*

Okayy tu jela nak cerita dulu. Baru 2 minggu kan so takde benda sgt. :)

Hopefully, sem ni akan jadi sem yg lebih lebih baik dari sebelum ni. InsyaAllah. Amin :)

Wassalam :